Ya Aziz
Hamba Dato Muhamad Lebai Merikan merafakkan sembah pada ke bawah kadam Dato’ Tuan Gurnador Raja di Pulau Pinang yang teramat mulia wa ba’dah
dari itu ahwal hamba Dato’ maklumkan maka adalah suatu hari kadam Dato’ kasihankan hamba Dato’ beri surat pada ke bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia maka hamba Dato’ bawa surat itu sembah maklumkan pada ke bawah duli baginda Yang Maha Mulia maka tatkala sudah ditatap dilihat Duli Baginda Yang Maha Mulia diberi pergi surat akan Tenku Raja Muda Yang Maha Mulia suruh beri mari syaudagar yang berniaga dengan hamba Dato’ maka Duli Tenku Raja Muda Yang Maha Mulia beri mari syaudagarnya tatkala sampai mereka itu ke Alor Setar dititahkan Duli Baginda Yang Maha Mulia pada segala Orang Besar2nya disuruhnya kira2 selesaikan maka dikira2 ambilan bayaran syaudagar itu jumlah tertanggung atas mereka itu selaksa dua ratus tujuh puluh lima rial dalam ini wasal mereka itu dua ribu tujuh ratus dulapan puluh serial maka tinggal baki lagi rial hamba Dato’ pada mereka itu tujuh ribu empat ratus sembilan puluh empat rial sebagai pula wasal rial rincik2 seribu empat ratus empat puluh rial maka ditolak ambilan hamba Dato’ tinggal baki lagi enam ribu lima puluh empat rial tatkala sudah tertanggung atas mereka itu diperbuatnya surat tapak tangan tiga orang berhutang pada hamba Dato’ serta dibubuh khat dan cap tiga orang itu pada surat itu diberi taruh pada hamba Dato’ kira2 empat bulan lamanya sudah selesai dan hamba Dato’ tinggal Pulau Pinang dulapan bulan sudah lamanya demikian inilah digendalakannya maka kemudian daripada datang surat kadam Dato’ dibawa Kapitan Jaga2 itu kata mereka itu sudah tersalah yang dikira2 dahulu itu serta disuruhnya panggil segala Orang Besar2nya dibicara tentukan beri selesai maka segala khalasi dan serang dan mualim beri mari surat akan hamba Dato’ mengatakan tiada terpebela kapal itu dan masing2 tiada mahu duduk sebab tiada belanja mereka itu hendak tinggal kapal maka serta hamba Dato’ lihat surat itu maka hamba Dato’ pergi mohon hingga sepuluh hari juga hendak pergi ke Pulau Pinang itu pun tiada dibenarnya dan rial pun tiada diberinya maka sekarang pada fikir hamba Dato’ sampailah pada nyawa hamba Dato’ pun hendak dibicarakannya demikianlah keadaan hamba Dato’ ini maka jika ada limpah rahim serta kasihan kadam Dato’ atas batu kepala hamba Dato’ yang dagang ini pinta kadam Dato’ tolong sangat2 beri surat kadam Dato’ pada ke bawah Duli Baginda Yang Maha Mulia supaya boleh hamba Dato’ melepaskan nyawa badan hamba Dato’ pergi mengadap kadam Dato’ dahulu Allah telah harap hamba Dato’ akan penolong kadam Dato’ pada sekali waktu ini ahwal lagilah hamba Dato’ maklumkan izzah bertambah2 ‘ala al-dawam ila yaum al-qiyamah tamat
No comments:
Post a Comment