Monday, April 15, 2024

Surat Penghulu2 Bayang kepada Komandor di Padang (MS 40320/2, f.16 & f.17) berkaitan penerimaan surat yang dikirim

Qawl al-Haqq wa lau kan Murra

Bahawa inilah alamat surat daripada segala Penghulu2 Bayang jua adanya tabik banyak2 kepada Tuan Komandor jua adanya seperti surat yang dikirimkan kepada kami sudahlah selamat dengan sempurna matnya mengertilah kami barang apa2 dalamnya itu pun kami kerjakan bicara itu sangatlah kami susahkan amah jua katanya kami nanti jua janji itu itu sampai janji itu tiada ianya amah dari itulah kami labat memalas surat Tuan Komandor sangatlah kami diperbual2nya dibicara itu patuklah dipugar sedikit di Tuan Komandor kerana sangat kami ia kasih mal dibicara itu tamat

Surat Jurutulis John Crisp di Bayang kepada John Crisp di Padang (MS 40320/2, f.15) berkaitan harga barang dan beras (24 Ogos 1800)

 'Ala al-Muhtaram

Bahawa adalah tabik banyak2 daripada hamba Jurutulis Tuan Komandor Jan Krips yang ada sekarang dalam negeri Bayang syahadan barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua kiranya datang menjelang Tuan Komandor Jan Krips kepala yang memerintahkan sekalian daerah Pesisir Barat di negeri Padang wa ba'dahu 

Friday, April 12, 2024

Surat Raja Tarusan kepada John Crisp berkaitan pergantian Raja (MS 40320/2, f.13 & f.14)

Qaw al-Haqq wa kan mur

bahawa inilah alamat surat tabik banyak2 serta tulus dan ikhlas diiring pula dengan hati putih dan muka yang jernih iaitu daripada pihak hamba Raja Tarusan adanya maka barang disampaikan Allah Subhanahu wa Ta'ala apalah kiranya datang menjelang wajah tuan Komandor Mista Krips kepala yang memerintahkan sekalian daerah Pesisir Barat di negeri Padang serta dilanjutkan Allah usia umur zamannya dalam dunia ini amin thumma amin wa ba'dah 

Friday, February 16, 2024

Surat berkaitan adat negeri yang mesti diikuti (MS 40320/2, f.11 & f.12)

Bab inilah peri mengatakan adat kita dalam negeri makanya senang negeri tidak boleh berubah2 salah mata kawal berhutang dicincang dipampas dibunuh dibangun suarang berakih dipinjam berpulangan nan diberi dapat saja hutang dibayar piutang diterima itulah adat yang dipegang dipakai selama2nya di bawah langit dan yang ditani bumi 

Monday, February 12, 2024

Surat Pengeran Sharif Abdul Rahman Potianak kepada Tuan Kapitan berkaitan kiriman warkah dan hamba (MS 40320/2, f.9 & f.10)

Bahawa ini surat daripada menyatakan tanda sahabat bersahabat yang berkasih kasihan iaitu daripada Tuan Pangeran Sharif Abdul Rahman Nur al-'Alam maka barang disampaikan Allah Subanahu wa Ta'ala kiranya datang mendapatkan sahabat kita yang maha mulia lagi baik selama2nya iaitu Sayid Paduka Kapitan kapal mengerjakan barang suatu pekerjaan yang arif terbijaksana lagi artawan maka kita pohonkan atas sihat dan serta afiat serta beroleh selamat umur panjang adanya wa ba'dah 

Friday, February 2, 2024

Surat Pangeran Langgang Alam Dusun Sungai Lemu kepada John Marsden (MS 40320/2, f.7 & f.8) berkaitan pesanan opium 20 kati (Ahad, 9 Jamadil Awal 1191 / 15 Jun 1777)

 Alamat Putih Hati 

Ini alamat surat tabik banyak2 iaitu datang daripada Pangeran Langgang Alam dalam Dusun Sungai Lemu barang disampaikan Tuhan 'Azza wa Jalla jua apalah kiranya datang mendapatkan Orang Kaya Peter Mister Marszen dalam muara Lais 

Tuesday, January 23, 2024

Surat Tuanku Sultan Pesisir Barat Shah kepada Kompeni Inggeris (MS 40320/2, f.5 & f.6) berkaitan perniagaan lada di Anak Sungai (7 Jamadil Akhir 1192 / 1778)

Maka inilah tabik banyak datang daripada Tuanku Yang Dipertuan Paduka Seri Sultan Pesisir Barat Shah dalam negeri Anak Sungai jua adanya dan barang disampaikan alah kiranya datang kepada kompeni jua adanya