Saturday, May 11, 2019

Surat Saudagar Paria Tambi kepada Francis Light (MS 40320, f. 77) berkaitan pembelian ayam dan itik

Al-Shams wa al-Qamar 

Hamba Dato’ Syaudagar  Paria Tambi maklumkan ke hadrat Dato’ Gurnador yang ada memegang perintah dan tadbir dalam daerah jazirah Pulau Pinang barang ditambah Allah kebesarannya dan kemuliaannya dalam dunia dan dipanjangkan Allah umur usianya serta dianugerahi Allah sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 

Surat Sayid Abdullah kepada James Scott (MS 40320/6, f. 76) berkaitan Po Cat Gadang

Salam serta doa daripada Sayid Abdullah sampai kepada sahabat beta Kapitan Ushkut yang mulia 

Surat Cina Hong kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 75) berkaitan perniagaan judi

Ya Aziz 

Hamba Dato’ Cina Hong empunya sembah dengan tabik banyak2 di bawah kaki Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia dan lagi tinggi kebesaran seperti bulan dan matahari umur pun barang dipanjangkan oleh Tuhan yang menjadikan alam dunia ini 

Surat Dato' Setia Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 74) berkaitan hutang Sheikh Mia

Ya Aziz al-Karim 

Hamba Dato’ Setia Raja menrafakkan  sembah ke bawah kadam Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang teramat mulia 

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/6, f.73) berkaitan masalah rompakan di laut

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada Tenku  Raden Muhamad sampai kepada sahabat kita Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana yang telah masyhur lalu ke timur dan barat kedengaran bahana 

Surat Francis Light kepada Sultan Sultan Kedah (MS 40320/6, f. 72) berkaitan surat untuk dihantar kepada Gabenor Jeneral Benggala Julai 1789

Ya Ghafur Rahim

Daulat Tuanku Shah Alam Zillullah fi al-alam ampun Tuanku patik Gurnador Pulau Pinang hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Surat ikrar anak perahu Cutan (MS 40320/6, f. 71) berkaitan pembahagian keuntungan 27 November 1785

Inilah ikr  senda segala anak perahu Cutan perbuat surat ikr  beri pada tangan nakhoda tanda sepakat anak perahu dan nakhoda daripada segala perintahnya berjual dan beli ambilan pada nakhodanya