Saturday, May 11, 2019

Surat Dato' Setia Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 74) berkaitan hutang Sheikh Mia

Ya Aziz al-Karim 

Hamba Dato’ Setia Raja menrafakkan  sembah ke bawah kadam Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang teramat mulia 


ahwal adalah hutang Syeikh Mia pada ke bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia seperti tapak tangannya laba dengan modal sembilan ribu enam ratus rial di luar tapak tangan itu hutangnya pada To’ Saudagar Raja enam ribu rial maka rial ini perjanjian hendak pergi bayar di negeri Keling maka sampai ke negeri Keling dibayarnya setengah dan setengah itu tiada dibayar lagi maka Syeikh Mia mari ke Pulau Pinang ini buat tipu beri pergi surat mengatakan punggah beri dagangan orang nawal  itu hendak pergi mengadap Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia lalu ia sudah lari pergi ke Perak maka itulah Duli Baginda Yang Maha Mulia menaruh  harap sangat2 akan kadam Dato’ diberi  mari surat dua tiga pucuk pinta dengan penolong kadam Dato’ keluar beri arta  itu maka kadam Dato pun menaruh banyak kasih akan Duli Baginda Yang Maha Mulia itu tolong sudah keluar beri empat ribu rial serta dengan surat kadam Dato’ beri pergi maklumkan pada Duli Baginda Yang Maha Mulia mengatakan yang baki lagi itu apabila sampai sulap  Syeikh Mia hendak keluar beri pergi maka tapak tangan pun sudah hamba Dato’ beri pergi bersama dengan surat kadam Dato’ maka hamba Dato’ duduk berjual dagangan yang diberi Mia Hafis  itu sampai pada hari ini pun tiada laku kerana terlalu mahal dagangan itu maka sulap  Syeikh Mia pun sampai kemudian dua tiga pucuk surat Duli Baginda Yang Maha Mulia beri mari pinta dengan penolong kadam Dato’ keluar beri yang baki lagi itu maka kadam Dato’ suruh Mia Hafis  bayar rial dengan kain dan garam cukupkan lima ratus rial hamba Dato’ duduk terima jika sudah terima boleh hamba Dato’ beri surat hamba Dato’ tanda terima lima ratus rial itu maka kain dan garam itu pun terlalu mahal barang yang rugi itu atas hamba Dato`lah kena kerana hamba Dato’ terima itulah hamba Dato’ takut sangat2 kerana hamba Dato’ ini miskin orang suruhan ahwal itulah hamba Dato’ maklumkan izzat bertambah2 ‘ala al-dawam tamat

No comments:

Post a Comment