Saturday, May 11, 2019

Surat Sayid Abdullah kepada James Scott (MS 40320/6, f. 76) berkaitan Po Cat Gadang

Salam serta doa daripada Sayid Abdullah sampai kepada sahabat beta Kapitan Ushkut yang mulia 


ahwal datang kepada sahabat beta ke Teluk Semawi kapitan itu takut akan Tengku Po Cat Gadang  kalau dirampasnya hendak ianya pergi ke Keretai maka kata Sayid Abdullah jangan kapitan perigi  ke Keretai itu kerana tiada dengan benar Kapitan Uthkut  serta pula kapal Perangsih pun ada di Pedir kapal besar tiang tiga kalau jadi berkelahi jangan kapitan takut akan Tengku Po Cat Gadang  itu hamba tolong tiada apanya harablah  kepada Allah kapitannya itu mulah  didengarnya kata hamba itu keraninya itu tiada mau didengarnya hendak berlayar juga ke Keretai  itu sampai duduk berlabuh di ke Keretai dulapan belas hari bulan Muharam ianya duduk berlabuh pun dulapan hari di situ maka datang Tuan Sayid Abdul Rahman ke Keretai  bertemu dengan kapitan dikata Sayid Abdul Rahman jangan kapitan duduk di Keretai ini kerana Perangsih hendak datang ke mari baiklah kapitan pergi balik ke Teluk Semawi maka kapitan itu hendak balik kerani itu tiada mahu balik didengar khabar oleh Perangsih maka ianya belayar mari ke Keretai dirampasnya dikata kapal Kapitan Iskut  diambilnya kapitannya duduk terima lada dengan pinang lalu sampai ke muka Kuala Karam  maka mari kapitan dengan teman2nya pinta tolong kepada Tengku Prak  dengan hamba pinta sampan hendak berlayar ke Pulau Pinang lalu hamba apa beri sampan surat berlayar serta buat surat beri kepada kapitan inilah khabarnya segala teman2 yang ada tinggal di Bani  jangan kapitan gundah ada pada hamba kapal Perangsih tiang tiga itu ada lagi jika kapitan buri  mari kapal perang dua buat boleh ambil kapal Perangsih itu lagi tiada laju mudah ambil inilah hamba nyatakan jika ada suatu kerja kapitan buri  mari surat boleh hamba tolong inilah hamba maklumkan pada sahabat beta

No comments:

Post a Comment