Saturday, May 11, 2019

Surat Saudagar Paria Tambi kepada Francis Light (MS 40320, f. 77) berkaitan pembelian ayam dan itik

Al-Shams wa al-Qamar 

Hamba Dato’ Syaudagar  Paria Tambi maklumkan ke hadrat Dato’ Gurnador yang ada memegang perintah dan tadbir dalam daerah jazirah Pulau Pinang barang ditambah Allah kebesarannya dan kemuliaannya dalam dunia dan dipanjangkan Allah umur usianya serta dianugerahi Allah sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya wa ba’dah 


barang maklum kiranya hadrat Dato’ maka daripada hal Dato’ pesan minta belikan ayam dan itik beri pergi itu maka sekarang akan hal ayam dan itik itu bolehlah maka hamba Dato’ hendak beri pergi tiadalah boleh kerana di jalan ini banyaklah orang jahat tiadalah boleh pergi banyak sudah perahu yang ditangkapkan itulah hamba Dato’ maklumkan dan jikalau boleh Dato’ beri mari perahu Jaga2 kecil boleh hamba Dato’ beri pergi ayam dan itik itu ahwal itulah hamba Dato’ maklumkan tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment