Inilah ikr senda segala anak perahu Cutan perbuat surat ikr beri pada tangan nakhoda tanda sepakat anak perahu dan nakhoda daripada segala perintahnya berjual dan beli ambilan pada nakhodanya
sekalian anak perahu ini makan di atas nakhoda maka tatkala sampai pergi ke Pu Takus masing pakat dengan nakhoda pergi cahari serba2 bawa ka nyatakan pada nakhoda jika sudah dilepas oleh nakhoda tiadalah jadi beriaga akan harga itu maka tatkala hendak berlayar balik mari sampai ke Kedah ini maka ambil dihimpun dijual dagangan itu maka ada ambil modal dahulu kemudian daripada modal itu akan labanya itu dibahagi empat tiga bahagi akan anak perahu satu bahagi akan nakhoda dan malim maka akan segala labanya lain daripada modal dibahagi dua satu bahagi akan tuan emas akan satu bahagi itu dibahagi empat tiga bahagi akan anak perahu satu bahagi akan nakhoda seperti tersebut dahulu itu juga demikian perjanjian segala anak perahu Po Cutan tanda sah seperti tersebut di dalam surat ini wakatibuhu Selatak dipinjam oleh anak perahu dan nakhoda perbuat surat ikrar ini tamat pada sanah 12 tahun2 jim pada dua likur hari hari bulan Muharam pada hari Isnin
No comments:
Post a Comment