Saturday, May 11, 2019

Surat Francis Light kepada Sultan Sultan Kedah (MS 40320/6, f. 72) berkaitan surat untuk dihantar kepada Gabenor Jeneral Benggala Julai 1789

Ya Ghafur Rahim

Daulat Tuanku Shah Alam Zillullah fi al-alam ampun Tuanku patik Gurnador Pulau Pinang hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 


patik maklumkan ahwal surat titah Duli Yang Maha Mulia dibawa Dato’ Laksamana itu terjunjunglah di jemala maka segala yang tersebut dalamnya fahamlah patik segenap perkaranya maka surat Yang Maha Mulia itu patik hendak salin maklumkan kepada Jenderal Benggala apabila datang balas surat daripada Jenderal boleh patik maklumkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia ampun tuanku ahwal inilah patik maklumkan daulat sya’adat  sihat istirahat bertambah2 ‘ala al-dawam buat surat pada enam belas haribulan Jamadil Awal tamat 

serta dengan surat patik sepucuk boleh khususkan sekali pada Jenderal suka atau tiada suka seperti kehendak Yang Maha Mulia itu

No comments:

Post a Comment