Ya Aziz
Hamba Dato’ Cina Hong empunya sembah dengan tabik banyak2 di bawah kaki Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia dan lagi tinggi kebesaran seperti bulan dan matahari umur pun barang dipanjangkan oleh Tuhan yang menjadikan alam dunia ini
hamba Dato’ maklumkan ahwal diri hamba Dato’ yang daif lagi miskin maka datanglah Cina Acu mari pada hamba Dato’ muafakat ajak pegang judi sarikat dengan Tandang dengan Cina Tu dan Pan Kuai kira2 dulapan orang maka hamba Dato’ ini disuruh oleh Tandang dengan Acu jadi jurutulis maka rial asil dipinjam oleh Tandang dengan Cina Tu maka sampai bulan Aju suruh hamba Dato’ himpun rial asil hamba Dato’ pintalah kepada Tandang dan Cina Tu beberapa kali hamba Dato’ pinta tiada boleh dibaliknya kepada hamba Dato’ katanya hamba Dato’ curi dalam daftar sebab surat dimakan oleh api bukan surat daftar surat itu dari pagi sampai pukul satu disalin kepada daftar maka ditaruh di luar di atas meja tempat kira2 maka tukang masak bawa air panas tuang te dipasangnya lilin di atas tembok tiada hamba Dato’ tahu kerana hamba Dato’ tengah makan nasi dengan Cik Yam dan Acu berbaulah asap api hamba Dato’ dengan Cik Yam dan Acu pun terkejut lari masuk ke dalam bilik dilihat api lilin itu jatuh makan surat itu hamba Dato’ sekalian bunuh api itu jika Dato’ kurang percaya Dato’ suruh panggil Cik Yam dan Acu periksa jika tiada bagai sembah hamba Dato’ ini Dato’ bunuh suruh orang kerat leher hamba Dato’ kerana hamba Dato’ orang jahat sebermula Tandang itu sembah kepada Dato’ kata hamba Dato’ buat salah dalam daftar empat puluh fasal mengadu pada Kapitan Tuha dan Kapitan Muda maka dipanggil segala orang Cina yang tahu berkira2 dalam itu tujuh fasal yang salah tujuh puluh dua rial dipinta kepada hamba Dato’ maka tiada hamba Dato’ mahu bayar bukan hamba Dato’ yang salah kerana Pan Kuai himpun asil dari luar beri pada hamba Dato’ bagai mana yang dibawanya itulah hamba Dato’ surat didenda Kapitan Tuha dengan Kapitan Muda seratus rial hamba Dato’ suruh hamba Dato’ belanja buat rumah To` Kang hamba Dato’ tiada mahu sekali2 tiada salah hamba Dato’ inilah hamba Dato’ adu hal teriak di bawah kaki Dato’ hamba Dato’ ini teraniaya dibuat oleh Tandang kemudian lagi asil itu Tandang sembah kepada Dato’ rugi lagi hamba Dato’ curi melainkan Dato’ suruh ambil daftar lama dan daftar baharu Dato’ suruh Kapitan Tuha Kapitan Muda lihat surat itu genap asil itu tiada rugi sudah hamba Dato’ jumlah ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan tamat
No comments:
Post a Comment