Tuesday, May 4, 2021

Salinan Surat Francis Light kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah (BL Add. 45271, f.7) berkaitan hutang Nakhoda Sheikh Miya (5 Jamadil Awal)

 Ya Ghafur Rahim

Daulat Tuanku Shah ‘Alam zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Gurnador Pulau Pinang yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik memohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku 

Monday, May 3, 2021

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (BL Add. 45271, f.6) berkaitan penerimaan 4000 rial (Jumaat, 18 Zulkaedah 1204 / 30 Julai 1790)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

Sunday, April 18, 2021

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/2, f.87) berkaitan permintaan membaiki jam yang rosak (Khamis, 10 Rabiul Akhir 1203 / 8 Januari 1789)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 

Surat Cik Lina kepada John Marsden di England (MS 40320/2, f.20 & f.21) berkaitan penerimaan surat daripada Marsden dan gambar anak yang dikirim kepadanya (19 Oktober 1785)

Bahawa ini alamat surat tanda tulus dan ikhlas serta hati putih dan jernih tabik banyak2 iaitu datang daripada Encik Lina yang duduk dalam kota Malabara juga adanya sahidan barang disampaikan Allah Taala apalah kiranya datang menjelang tapak kaki tuan saya Mister Mazin yang telah ada sekarang dipeliharakan Allah Taala umur panjang dalam dunia ini yang duduk dalam negeri besyar di Inggelan juga adanya 

Sunday, March 7, 2021

Surat Cik Lina kepada John Marsden (MS 40320/2, f.23) berkaitan Mister Kris pulang ke negerinya dan ketibaan Polly di Bengkahulu

Qawluhu al-Haqq wa law kana mur

Bahawa ini alamat surat tanda tulus dan ikhlas serta hati yang putih dan jernih serta tabik banyak2 dan iaitu datang daripada Encik Lina yang duduk dalam negeri Bengkahulu jua adanya 

Surat Cik Lina kepada John Marsden (MS 40320/2, f.19) mengadu kesusahan hidupnya dan kerinduan pada anaknya

Qawluhu al-haqq walau kan mur

Bahawa ini alamat surat dengan tabik banyak2 datang daripada Si Lina yang duduk dalam negeri Bengkahulu adanya dan barang disampaikan Tuan Allah datang menjalang ke bawah tuan Mister Mazin punya kaki mintak selamat umur panjang Allah Ta’ala tolong sama tuan di dalam dunia ini adanya 

Surat Cik Lina kepada John Marsden (MS 40320/2, f. 54 & f.55) berkaitan perasaan diceraikan dan dipisahkan daripada anak-anaknya

 Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini Nona yang Kecil dengan Nona Gadang punya emak yang tinggal di dalam kebun di tengah Padang di mana tuan tinggalkan dahulu dan barang disampaikan Allah saya punya tabik banyak2 datang ke bawah kaki tuan saya Mister Mazin yang duduk dalam negeri itupun saya mintak selamat umur panjang tuan saya diberi Allah di dalam dunia ini adanya sama2 dengan anaknya keduanya