Monday, May 20, 2019

Surat Raja Sintar kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 101) berkaitan perahu

Ya Ghafur 

Hijrah Nabi Sad  basi fi shahr al-Shawal arba’ah al-ayyam asyhur sanah ini perahu Raja Sintar  dari Parkurawan  

Surat Wan Fakar kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 100) berkaitan perdagangan, Sabtu 30 Jamadil Akhir

Qawluhu al-Haqq

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada Wan Fakar sampai kepada Dato` Gurnador Raja Pulau Pinang 

Surat Wan Fakar kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 99) berkaitan dagangan dan hamba yang lari (Ahad, 15 Rejab)

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih dan sayang serta tulus ikhlas serta putih hati berkasih kasihan selama ada lagi cakerawala bulan dan matahari iaitu daripada diperhamba Wan Fakar datang kepada Dato` Gurnador yang memerintahkan di dalam bandar Pulau Pinang serta amatlah mengasihi segala dagang senteri iaitu diperhamba maklumkan 

Surat perjanjian Tambi Putih Husna Marikan dan Hasan Mira Lebai (MS 40320/6, f. 98) berkaitan hutang, Isnin, 16 Safar 1208 (23 September 1793)

Qawluhu al-Haqq

Hijrah tahun seribu dua ratus delapan kepada enam belas hari bulan Safar hari Isnin maka inilah tapak tangan Tambi Putih Husna Marikan dan menantunya Hasan Mira Lebai bahasa Keling hamba Dato` cawikan  Bahasa Melayu 

Surat Mei Ikang kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 97) berkaitan masalah suaminya yang berjudi dan berhutang

Qawluhu al-Haqq 

Hamba Dato` Mei  Ikang bini Cina Kai  tukang cukur merafakkan sembah pada ke bawah tapak kaki tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia serta tilik rahim pada segala hamba Allah yang teraniaya 

Sunday, May 19, 2019

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 96) berkaitan hutang di Sungai Keluang

Hamba Dato` Saudagar Raja hamba tuha yang teramat hina daripada sekalian hina lagi daif maklumkan surat cit ke bawah hadrat kadam Dato` Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi dipermuliakan Allah Subhanahu wa Taala antara dua negeri iaitu dunia dan akhirat lagi amat murah dan mengasihani akan segala fakir miskin jikalau ada ampun serta rahim 

Surat Seri Nara Diraja Saudagar Terengganu kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 95) berkaitan masuk Melayu 9 Syawal 1208 (10 May 1794)

Qawluhu al-Haqq

Hamba Dato` Seri Nara Diraja iaitu Saudagar Terengganu maklumkan sembah ke bawah kadam Dato` Gurnador yang ada istiqam serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah bandar Pulau Pinang barang dipanjangkan Allah umur usianya supaya jadi tempat pernaungan sekalian dagang miskin dan ditambah Allah kebesarannya dan kemuliaannya selagi ada hayat zamannya wa ba’dah