Monday, May 20, 2019

Surat Mei Ikang kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 97) berkaitan masalah suaminya yang berjudi dan berhutang

Qawluhu al-Haqq 

Hamba Dato` Mei  Ikang bini Cina Kai  tukang cukur merafakkan sembah pada ke bawah tapak kaki tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang amat mulia serta tilik rahim pada segala hamba Allah yang teraniaya 


maka adalah hamba Dato` ini orang setal  berlaki pada Cina Kai maka hamba Dato` turut laki mari ke Kedah duduk lombong berkedai serta hamba Dato` pinta tolong modal pada Tok Nakhoda Saifuddin duduk berniaga maka oleh laki hamba Dato` main judi habis binasa maka laki hamba Dato` dibawanya hamba Dato` lari ke Perlis maka diikut oleh nakhoda itu berjumpa di Perlis hendak di pasang rantai maka hamba Dato` apa pinta mengadap serta hamba Dato` buat beri surat maka hamba Dato` duduk di Perlis antara berapa lama maka laki hamba Dato` bawa lari mari ke Pulau Pinang maka hamba Dato` pergi berhutang pada segala Cina Pulau Pinang itupun habis binasa kemudian hamba Dato` berhutang pula pada Cina Ji Yan  jadikan modal hamba Dato` suruh pergi ke Langau  cahari teripang maka modal itupun habis binasa pulang mari tubuh sahaja maka sekarang ini laki hamba Dato` mencuri di rumah supai lalu mata2 hendak tangkap lalu lari ke mana2 perginya tiadalah hamba Dato` ketahui maka segala tuan hutang mari kehendaki rial pada hamba Dato` sehari maka hal hamba Dato` ini hendak makan pagi petang pun tiada sangatlah kesakitan maka hamba Dato` pergi pinta tolong pada Cina sorang pun tiada mau tolong maka ada seorang cina hendak tolong serta hendak diperbuat bini akan hamba Dato` maka itulah hamba Dato` sembahkan jika ada ampuni serta kasihan hamba Dato` ambil rial pada cina itu bayarkan hutang orang adalah dulapan puluh rial hamba Dato` pun boleh tetap duduk makan pagi duduk dengan senangnya ahwal inilah hamba Dato` sembahkan izzat bertambah2 kemuliaan serta kebesaran diberi oleh Tuhan Allah tamat

No comments:

Post a Comment