Qawluhu al-Haqq
Surat kasih dan sayang serta tulus ikhlas serta putih hati berkasih kasihan selama ada lagi cakerawala bulan dan matahari iaitu daripada diperhamba Wan Fakar datang kepada Dato` Gurnador yang memerintahkan di dalam bandar Pulau Pinang serta amatlah mengasihi segala dagang senteri iaitu diperhamba maklumkan
maka itulah Nakhoda Lahab diperhamba suruh pergi antar kerbau lembu dan kerbau lima ekor dan lembu enam tujuh ekor itulah diperhamba boleh bicara antar pinta harga yang baik seperti tersebut dalam surat Dato` yang dibawa Nakhoda Lahab itu pinta Dato` terima ambil sebermula maka adalah budak kekanda itu Dato` Penggawa lari dua beranak orang Tanu dan teman diperhamba seorang orang Jawa dan teman cina Nakhoda Kangkang seorang empat orang semuanya maka sudah diperhamba pesan wakilkan pada Nakhoda Cik Sah sur ambil budak itu jika ada di Pulau Pinang maka inilah diperhamba maklumkan jika ada budak itu di dalam Pulau Pinang dengan tolong bicara Dato` kiranya ambil beri mari serahkan pada Nakhoda Lahab ini akan hal perintah diperhamba bermuat kerbau lembu itu Dato` tanyalah pada Nakhoda Lahab ini diperbuat surat ini pada lima belas haribulan Rejab hari Ahad tamat
No comments:
Post a Comment