Qawluhu al-Haqq
Hijrah tahun seribu dua ratus delapan kepada enam belas hari bulan Safar hari Isnin maka inilah tapak tangan Tambi Putih Husna Marikan dan menantunya Hasan Mira Lebai bahasa Keling hamba Dato` cawikan Bahasa Melayu
maka hamba Dato` memohonkan ampun ke bawah kaus Dato` inilah sanah tahun seribu seratus sembilan puluh tahunnya bahawa pada ketika itu pada menyatakan adalah Tambi Putih Husna Marikan dan menantunya Hasan Mira Lebai berniaga dari Melaka ke Siak mengambil utang emas urai tunai banyaknya tiga belas bungkal empat belas mayam dua kupang setali kepada Syeikh Ismai Lebai Syaudagar Melaka perjanjian orang dua ini tiga bulan emas yang tersebut hendak dibayar jika tiada dibayar di dalam tiga bulan ini kenalah adat seperti sambutan Syeikh Ismai Lebai pada Tuan Gunador Melaka dan Syaudagar Mia Melaka kepada seratus serial bunganya kepada titap2 bulan jika hayat maut sorang tertangung di atas seorang tiadalah suatu2 jawab tiada qalqil dakwa mendakwa kepada kemudian harinya tatkala diperbuat surat ini saksinya Syaudagar Cika Marikan dan Nakhoda Muhamad Husain dan Ahmad Lebai yang menjadi saksi ini dengan khatnya ada di dalam tapak tangan ini serta khat Tambi Putih Husna Marikan dan Hasan Mira Lebai tanda sah seperti yang tersebut di dalam surat ini wa katibuhu wa syahiduhu Hasan Bahi wa kafa billah syahidan ‘ilmih
inilah khat Hasan Mira Lebai tanda sah seperti yang tersebut di dalam surat ini bahasa Keling
inilah khat Tambi Putih Husna Merikan tanda sah seperti yang tersebut di dalam surat ini arab
inilah khat sanda Ahmad Lebai menjadi saksi di dalam surat ini bahasa Keling
inilah khat sanda Nakhoda Muhamad Husain menjadi saksi di dalam surat ini bahasa Arab
inilah khat sanda Cika Marikan menjadi saksi di dalam surat ini dengan bahasa Keling
No comments:
Post a Comment