Monday, May 20, 2019

Surat Wan Fakar kepada Francis Light (MS 40320/6, f. 100) berkaitan perdagangan, Sabtu 30 Jamadil Akhir

Qawluhu al-Haqq

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada Wan Fakar sampai kepada Dato` Gurnador Raja Pulau Pinang 


adalah surat Dato` beri kepada Dato` Penggawa maka Dato` Penggawa tiada dipanggil Raja Kedah serta bawa surat tera kuasa Raja Siam tersebut di dalam surat Dato` minta kerbau dua tiga ratus akan kerbau itu boleh hamba Dato` beri hendaklah Dato` beri kapal mari ambil hamba Dato hendak hantar tiada boleh Dato` pun maklumlah akan perahu orang Melayu maka itulah Nakhoda Cik Sah hamba Dato` pegang hendak beri pergi bawa perahu sama2 Nakhoda Cik Sah tiga buah perahu akan kerbau Dato` Penggawa itu jikalau tiada emas pun tiada apa akan kerbau anak buah itulah minta kadam Dato` beri emas mari bersama2 dengan kapal itu maka adalah lembu hamba Dato` beri kepada kemum  dari dua ekor makan dan hamba Dato` kirim kepada Dato` dua ekor minta kadam Dato` terima ambil itulah hamba Dato` maklumkan diperbuat surat ini kepada tiga puluh haribulan Jamad Akhir hari Sabtu tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment