Hamba Dato` Saudagar Raja hamba tuha yang teramat hina daripada sekalian hina lagi daif maklumkan surat cit ke bawah hadrat kadam Dato` Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi dipermuliakan Allah Subhanahu wa Taala antara dua negeri iaitu dunia dan akhirat lagi amat murah dan mengasihani akan segala fakir miskin jikalau ada ampun serta rahim
hamba Dato` maklumkan sembah maka adalah seorang orang Aceh saudara pada hamba Dato` mari duduk ke Sungai Keluang berladang adalah dua tahun sudah lamanya tahun yang dahulu berladang dengan Pak Bin perjanjian dengan Pak Bin bagi dua sampai sudah ladang oleh Pak Bin tiada baginya sebiji padi pun maka tahun ini ia berladang bersama dengan hamba Dato` maka dikehendaki Allah Taala Po Bayu itu mati maka oleh Pak Bin hendak diambil segala pencarian Po Bayu katanya berhutang dua rial maka segala belaja hamba Dato` belajakan segala perkanya maka artanya tiada hanyalah padi yang ada yang suatu pun tiada maka yang simati itu berutang pula pada Teku Nakhoda tiga rial maka padi itu hendak diambil bayar hutangnya tiada diberi oleh Pak Bin maka itulah hamba Dato` maklumkan iddat syaadat bertambah2 ala dawam
No comments:
Post a Comment