Qawluhu al-Haqq
Hamba Dato` Seri Nara Diraja iaitu Saudagar Terengganu maklumkan sembah ke bawah kadam Dato` Gurnador yang ada istiqam serta memegang perintah dan tadbir dalam daerah bandar Pulau Pinang barang dipanjangkan Allah umur usianya supaya jadi tempat pernaungan sekalian dagang miskin dan ditambah Allah kebesarannya dan kemuliaannya selagi ada hayat zamannya wa ba’dah
barang maklum kiranya kadam Dato` maka adalah hamba Dato` menyuruh kawan2 hamba Dato` pergi ke Pulau Pinang membawa ayam pungguk dua puluh empat ekor jantan betina sembahkan kadam Dato` hendaklah Dato` terima ambil dan lagi Dato` kehendaki pun hendaklah Dato` pesankan mari boleh hamba Dato` cari bawa pergi sembahkan Dato` sebermula daripada hal hamba Dato` ini apabila sudah pulang kawan2 hamba Dato` ini maka hamba Dato` pun pergilah mengadap Dato` sebagai lagi adalah orang putih seorang genir Jaga2 kecil lari mari duduk kepada Dato` Lambang katanya hendak masuk Melayu maka itulah hamba maklumkan jikalau sudah jadi benarkan kadam Dato` sudahlah jikalau tiada boleh hamba Dato` bicarakan tangkap hantarkan ke Pulau Pinang ahwal itulah hamba Dato` maklumkan ke bawah kadam Dato` tamat al-kalam diperbuat surat ini pada sembilan hari bulan Syawal pada sanah 1208
No comments:
Post a Comment