Saturday, November 30, 2019

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 21) berkaitan masalah orang yang ditangkap (17 Muharram, Jumaat)

Al-Mustahaqq

Surat kasih sayang tulus iklas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Laksamana sampai pada sahabat beta gurnador Pulau Pinang

Surat Orang Kaya Buluh Cina kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 18) berkaitan pembelian belerang

Qawluhu al-Haqq

Dato’ Orang Kaya Buluh Cina apunya tabik banyak2 kepada sahabat sahaya Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang alamat surat tulus ikhlas serta putih cuci hati yang tiada berhingga dan tiada bermasa terlebih daripada air yang jernih iaitu daripada Dato’ Orang Kaya Buluh Cina apunya tabik banyak2 kepada sahabat sahaya Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang mengatakan hal ahwal 

Friday, November 29, 2019

Surat Laksamana Perak kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 17) berkaitan 3 orang yang belum lagi sampai ke Perak (12 Syaaban, Khamis)

Ya Ghafur al-Rahim

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati daripada Laksamana negeri Perak Darul Ridhwan barang disampaikan Allah Tuhan suruh sekalian alam barang sampailah kiranya ke hadapan Dato’ Gurunador yang memerintahkan kota negeri Pulau Pinang yang di atas kebesaran kompeni dan kemuliaan membelakan dagang senteri orang yang miskin amin thumma amin syahadan wa ba’dah 

Surat Tengku Kelana Jaya Putera Langat kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 16) berkaitan perdagangan (24 Disember 1792)

Qultu al-Asah

Waraqat al-mawjud dan hadiyat al-mamdud maka dipesertakan dalamnya tulus dan ikhlas serta suci dan dan putihati iaitu Tengku Kelana Jaya Putera yang ada semayam di Langat barang disampaikan Tuhan seru alam sekalian ke darat kepada Gurnador yang di atas tahta kerajaa[n] dan kebesarang di dalam negeri Puluh Pinang dan yang mempunyai perangai kamal al-ihsan daripada handai taulannya bayna al-qarib wa al-ba’id daripada kasih berkasihan serta menyampaikan hajat dan maksud orang yang bermaksud dan lagi menolong segala orang yang kekurangan dan kesakitan daripada sekalian handai taulannya maka masyhurlah daripada sekalian negeri dan desa besar dan kecil daripada menengar budi pekerti yang amat masyhur daripada ihsannya maka hendaklah kita bersahabat Gurnador selagi ada peredarnya nur al-shams wa al-qamar dan kasih berkasihan demikianlah adanya wa ba’dah 

Thursday, November 28, 2019

Surat Merikan Kandu, Khatib Lebai, Husin Sab, Betasib dan Abu Bakar Lebai kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 15) memohon berhutang untuk memulakan perniagaan

Ya Aziz al-Rahim

Hamba Dato’ Merikan Kandu dan Khatib Lebai dan Takdur Husin Sab dan Nakhoda Betasib dan Takdur Abu Bakar Lebai hamba yang teramat hina maklumkan sembah ke bawah qadam Dato’ Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia wa ba’d 

Surat Sultan Abdullah Kedah kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 14) berkaitan hamba Tenu dan Keling dan hutang tukang larik dan tukang tembaga (Khamis, 23 Syawal 1206 / 14 Jun 1792)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana dari atas angin dan ke baruh angin kedengaran bahana pada perintah bersahabat sangat sempurna 

Wednesday, November 27, 2019

Surat Sultan Ibrahim Selangor kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 13) memohon tumpangkan orang hendak mengerjakan haji (1207H / 1792/93)

al-Shams wa al-Qamar

bahawa ini warkah al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada hati yang putih suci lagi jernih iaitu daripada Sultan Ibrahim yang ada semayam di atas singgasana tahta kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan kita Tuhan sarwa alam sekalian kepada sahabat kita Mister Gobernor yang ada memerintah di dalam bandar Pulau Pinang Darul Aman ialah yang telah masyhur wartanya pada tiap2 negeri yang di bawah angin ini daripada sangat mengasihani segala anak dagang yang keluar masuk di dalam bandarnya amma ba’du