Thursday, November 28, 2019

Surat Sultan Abdullah Kedah kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 14) berkaitan hamba Tenu dan Keling dan hutang tukang larik dan tukang tembaga (Khamis, 23 Syawal 1206 / 14 Jun 1792)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana dari atas angin dan ke baruh angin kedengaran bahana pada perintah bersahabat sangat sempurna 


kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal akan surat daripada sahabat beta yang dibawa Sahbandar Seri Pekerma Raja dan Panglima Kota Seri Bijaya Muluk itu telah sampailah kepada beta dengan purnanya maka segala tersebut di dalamnya itu telah fahamlah beta dengan sesungguhnya seperti kata sahabat beta negeri ini samalah dengan Pulau Pinang itu kerugian sahabat itu kerugian beta juga maka akan budak Selasih seorang sahabat beta beri mari ini sampailah pada beta dengan ikhlas putih hati sahabat beta maka beta pun terima ambil maka akan budak2 Tenu dan Keling itu nyata ditebus pada masa sahabat beta lagi duduk di kuala ini maka budak2 itu sahabat beta berilah mari menurut surat sahabat beta ini maka dikata budak-budak itu takut dibunuh orang itu sahabat beta pun ketahui hendak mendengar khabar yang jahat tanya pada seterunya dan hendak mendengar khabar yang baik tanya kepada sahabatnya maka perintah bunuh membunuh di dalam negeri ini beta seorang tiada boleh orang buat pandai sendiri maka kata budak2 Tenu dan Keling nyata sudah jahat berseteru dengan tuannya itu maka dirinya lari kata yang jahatlah yang dikatakannya itu sahabat beta pun sudah ketahui kerja itu maka akan tukang larik dan tukang tembaga itu dengan sesungguhnya bukan hamba sekadar berhutang pada hamba dan pada orang lain pun banyak itulah daftarnya beta beri pergi pada sahabat beta tentu segala fasalnya utang itu maka tukang larik dan tukang tembaga itu sahabat beta hendak bayar utangnya sudah selesai sahabat beta bayar benarlah tukang2 itu hendak pulang ke negeri Keling itu perbuat surat pada hari Khamis pada tiga likur haribulan Sawal tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment