Ya Ghafur al-Rahim
Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati daripada Laksamana negeri Perak Darul Ridhwan barang disampaikan Allah Tuhan suruh sekalian alam barang sampailah kiranya ke hadapan Dato’ Gurunador yang memerintahkan kota negeri Pulau Pinang yang di atas kebesaran kompeni dan kemuliaan membelakan dagang senteri orang yang miskin amin thumma amin syahadan wa ba’dah
kemudian daripada itu barang mafhum kiranya ahwal adalah anak buah sahaya bernama Angah Mahir telah sudahlah sampai ke Perak lagi ada tinggal tiga orang pertama2 Nakhoda Suli kedua Cik Ba ketiga Alang Inu ada lagi dalam terangku apa juga benar kepada Dato’ seperti anak buah sahaya itu sekali2 tiada dengan dosanya orang miskin cari makan melainkan sahaya mintaklah kepada Dato’ jiku ada lagi kasih serta rahim Dato’ kepada sahaya jiku sudah habis dengan dosanya melainkan bunuhlah inilah Nakhoda Abbas sahaya suruh mengadab qadam Dato’ pergi surat ini dua belas ha hari bulan Syaaban pada hari Khamis waktu asar tamat al-kalam bi alkhair wa salam
No comments:
Post a Comment