Saturday, November 30, 2019

Surat Orang Kaya Buluh Cina kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 18) berkaitan pembelian belerang

Qawluhu al-Haqq

Dato’ Orang Kaya Buluh Cina apunya tabik banyak2 kepada sahabat sahaya Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang alamat surat tulus ikhlas serta putih cuci hati yang tiada berhingga dan tiada bermasa terlebih daripada air yang jernih iaitu daripada Dato’ Orang Kaya Buluh Cina apunya tabik banyak2 kepada sahabat sahaya Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang mengatakan hal ahwal 


maka adalah Dato’ Orang Kaya Buluh Cina menyuruh balik tiga buah anakanda Wan Bubaka bertiga basaudara dan seorang Encik Aras dan seorang Encik Baksu dan muatannya belerang lembah kurang seratus bahara melai[n]kan dia sera[h]kan kepada sahabat sahaya Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang seboleh2nya mitak segera berlayar balik ke Buluh Cina kemudian daripada jikalau kesukaran kesakitan anakanda bertiga bersaudara itu minta tolong kepada sahabat sahaya Dato Gurnador Raja Pulau Pinang kemudian daripada itu minta tolong sekalat barang sekayu yang baik minta belikan kemudian daripada itu suatupun tiada tanda tiada pacala adalah le lela dua tepak dan belerang sebahara tanda putih hati yang tiada berhingga seumpama bunga yang ayu tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment