Wednesday, November 27, 2019

Surat Sultan Ibrahim Selangor kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 13) memohon tumpangkan orang hendak mengerjakan haji (1207H / 1792/93)

al-Shams wa al-Qamar

bahawa ini warkah al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada hati yang putih suci lagi jernih iaitu daripada Sultan Ibrahim yang ada semayam di atas singgasana tahta kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan kita Tuhan sarwa alam sekalian kepada sahabat kita Mister Gobernor yang ada memerintah di dalam bandar Pulau Pinang Darul Aman ialah yang telah masyhur wartanya pada tiap2 negeri yang di bawah angin ini daripada sangat mengasihani segala anak dagang yang keluar masuk di dalam bandarnya amma ba’du 


maka adapun kemudian daripada itu akan hal adalah kita minta tolong kepada sahabat kita ada orang kita hendak naik haji bernama Nahoda La Ocok  empat orang bersama2 itulah kita minta tolong kasihan sahabat tupangkan  di kapal yang baik kepada sahabat kita ke negeri Mumbai  atau lainnya ahwal adanya suatu tiada tanda hayat daripada sahabat kita hanyalah hingatan  jua intaha al-kalam bi tarikh  sanah 127

No comments:

Post a Comment