Monday, November 16, 2020

Surat To' Bandar kepada James Scott (MS 40320/7, f.138) berkaitan pembayaran barang-barang seperti layar, damar, kayu dan makanan (Ahad, 18 Jamadil Awal)

 Al-Mustahaqq

Ini surat tulus dan ikhlas selagi ada cakerawala matahari dan bulan daripada beta To’ Bandar datang kepada sahabat beta Kapitan Uskut 


akan hal bicara Kapitan Gudang mana sedapatnya sudahlah beta tolong akan hal layar kebaya satu harganya sudah dibayarnya dua puluh damar sepikul benang cina satu kata beta usahlah dibayar tiada mau Kapitan Gudang dibayarnya juga empat rial yang tiada dibayarnya seperti kayu dan makanan itulah yang tiada dibayarnya penolong hambalah kepada sahabat hamba kemudian dari itu jikalau ada kapal minta sahabat beta suruh ke mari kerana rotan terlalu banyak kemudian beta pun kemudian menyuruhkan anak beta mendapatkan sahabat beta tamat kepada delapan belas hari bulan Jamadil Awal hari Ahad

No comments:

Post a Comment