Qawluhu al-Haqq
Kirim tabik ayahanda Kapitan Uskat kepada anakanda Encik Fatimah yang istirehat di bandar Batu Bara lagi beroleh pangkat dan darjat daripada Tuhan kita amal dan iman amin ajma’in
kemudian dari itu barang mafhum anakanda ahwal tulisan surat daripada anakanda itu telah sampailah pada ayahanda fahamlah sekalian tersebut dalamnya maka perintah itu sudah takdir Tuhan kita apa boleh kita hendak katakan melainkan kita sabarlah pada tuan kita sekarangpun jika muda mudahan pinta anakanda pindahlah mari ke Pulau Pinang ini boleh kita duduk bersama itulah ayahanda takrifkan perbuat surat pada empat likur bulan Zulkaedah hari Sabtu
No comments:
Post a Comment