Tuesday, November 17, 2020

Surat Francis Light kepada Laksamana Kedah (MS 40320/7, f.141) berkaitan masalah perceraian isteri pandai emas (27 Zulkaedah 1203 / 19 Ogos 1789)

 Ya ‘Aziz al-Karim

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Gurnador Pulau Pinang sampai kepada sahabat beta Dato’ Laksamana yang amat mulia wa ba’d 


dari itu ahwal adalah surat titah duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia dibawa To’ Panglima Kota tersebut dalamnya isteri pandai emas itu lari pinta beri pergi maka beta panggil isteri pandai emas itu periksa katanya sudah bercerai dengan pandai emas dipulang balik belanja sebelas rial konon berhadapan saksi Kanju Tambi dan Lebai Itam sudah pandai emas beri talak konon maka inilah minta sahabat beta periksa kedua saksi itu beri mari ikrarnya boleh beta ketahui bohong sungguh perempuan itu ahwal inilah beta maklumkan izzat sihat bertambah ‘ala al-dawalam perbuat surat pada tujuh likur hari bulan Zilkaedah tamat

(verso)

Ini ikrar senda Kanju Tambi dan Lebai Itam diperiksa Hakim Dalpu pengadapan duli baginda di hadapan Dato’ Seri Lela Diraja dan Saudagar dan Kerani Setia Raja akan perintah perempuan pandai emas dikatanya sudah bercerai di hadapan senda kedua seperti tersebut dalam surat To’ Gurnador itu sekali2 tiada senda apa ketahui hingga inilah pengetahuan senda dengan kerana Allah Ta’ala wa katibuhu Maharaja Lela

Ini ikrar senda Lebai Itam akan pandai emas memberi talak itu tiada senda ketahui sesungguhnya seperti di dalam surat itu wa katibuhu Lebai Itam tamat

No comments:

Post a Comment