Qawluhu al-Haqq
Pada tarikh seribu dua ratus tujuh tahun2 Ha pada tujuh haribulan Zulkaedah hari Ahad bahawa pada ketika itu ini pada menyatakan adalah Tuan Gurnador Raja Pulau Pinang jadikan Cik Abdul Manaf iaitu Maharaja Setia Kapitan Melayu penghulu segala Melayu dan dagang dalam daerah Pulau Pinang ini
memerintahkan daripada dakwa dakwi dan tunggu jaga sambang tangkap segala orang jahat dalam pasyar ini serta pebela segala dagang yang masuk keluar dalam bandar ini jangan diberi orang perbuat haru hara dan aniaya atas segala mereka itu maka hendaklah segala tuan2 menengar ajar tegur dan tegah larang Kapitan Melayu ini jangan dilalui jadi taksir besar adalah hukumnya di atas mereka itu dan lagi jika ada orang berkelahi bantah atau berdakwa dalam pekan pasyar ini maka hendaklah Kapitan Melayu panggil periksa antara keduanya dihalusi dihukumkan atas salah benarnya menurut seperti adat hukum Islam dan undang2 negeri maka hendaklah Kapitan Melayu buat kebaktian kerjakan dengan tulus ikhlas putih hati serta dengan betul benar dengan kebajikan nescaya ada balasnya daripada Tuhan Allah serta beroleh nama yang baik kepujian pada Raja2 wa katibuhu Cik Abdul Rahman Pulau Pinang disuruh tuan Gurnador tamat
No comments:
Post a Comment