Ya Ghafur Rahim
Daulat Tuanku Shah Zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Gurnador Pulau Pinang hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik memohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku
patik maklumkan ahwal surat titah Duli Yang Maha Mulia dibawa Dato’ Laksamana itu terjunjunglah di jemala patik tersebut dalamnya suruh muafakat bicara perintah Pulau Pinang ini maka dahulu pun sudah patik maklumkan hendak sembahkan pada setahun empat ribu rial maka Duli Yang Maha Mulia tiada qabul maka sekarang patik sembahkan pada setahun sepuluh ribu rial dalam itu pun hingga dulapan tahun sahaja tersebut di surat kompeni kemudian tiada boleh Yang Maha Mulia pinta lagi Pulau Pinang ini jadi pulang kepada kompeni ampun tuanku jikalau empat2 ribu rial pada setahun boleh tiab2 tahun selama orang Inggeris duduk dalam Pulau Pinang boleh bayar maka dalam dua fasal ini sembah patik pohonkan Yang Maha Mulia khususkan sekali jangan jadi berat sangat di atas kompeni jikalau hingga patik sahaja dengan Yang Maha Mulia tiada mengapa lebih kurang sedikit kerana banyak tahun lagi kompeni boleh lepas belanja Jaga2 ampun tuanku jika sudah patik boleh menengar titah yang khusus boleh patik pergi sendiri pada Jenderal selesaikan ambil surat janji Jenderal bawa sembahkan boleh Yang Maha Mulia pegang taruh supaya berpanjang kasih Yang Maha Mulia dengan Jenderal ampun tuanku inilah patik maklumkan pohonkan dengar titah dengan segeranya daulat sya’adah sihat istirahat bertambah2 ‘ala al-dawalam amin buat surat pada sembilan belas hari bulan Safar hari Isnin tamat
No comments:
Post a Comment