Ya Ghafur Rahim
Daulat tuanku Shah Alam Zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Gurnador Pulau Pinang hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku
patik maklumkan ahwal surat titah duli Yang Maha Mulia dibawa Dato’ Laksamana itu terjunjunglah di jemala patik tersebut dalamnya suruh muafakat bicara perintah Pulau Pinang ini maka dahulu pun sudah patik maklumkan hendak sembahkan pada setahun empat ribu rial maka duli Yang Maha Mulia tiada qabul ampun tuanku maka sekarang patik sembahkan pada setahun sepuluh ribu rial hingga dulapan tahun sahaja kemudian tiadalah boleh duli Yang Maha Mulia pinta lagi Pulau Pinang ini jadi pulang kepada kompeni jikalau empat ribu rial pada setahun selama2 orang Ingger duduk dalam Pulau Pinang boleh bayar ampun tuanku di dalam dua fasal sembah patik ini pohonkan duli Yang Maha Mulia khususkan sekali jangan jadi berat sangat di atas kompeni jikalau hingga patik sahaja dengan duli Yang Maha Mulia tiada mengapa lebih kurang sedikit kerana banyak tahun lagi kompeni boleh lepas belanja jaga segala teman2 dalam Pulau Pinang ampun tuanku jika sudah patik boleh menengar titah yang khusus boleh patik pergi sendiri pada Jenderal selesaikan ambil surat janji Jenderal bawa sembahkan boleh duli Yang Maha Mulia pegang taruh supaya berpanjang kasih Yang Maha Mulia dengan Jenderal maka Duli Yang Maha Mulia pun patik pohonkan seorang harapan taruh berniaga di Pulau Pinang ini banyak jalan boleh kelabaan duli Yang Maha Mulia ampun tuanku inilah patik maklumkan pohonkan dengar titah dengan segeranya daulat sya’adah sihat istirahat bertambah2 buat surat pada dua puluh haribulan Safar hari Selasa tamat
No comments:
Post a Comment