Patik maklumkan ahwal surat duli Tenku dibawa Cik Tanjung dan Cik Busu itu sampailah pada patik
tersebut dalamnya perintah lanun mari ini kata dengan penyuruh Yang Dipertuan Riau mengadap duli Tenku tiada hendak buat kejahatan di atas Pulau Pinang maka banyak tiada patik harti dalam surat duli Tenku itu dan lagi fasal Tenku dari Selangor itu duli Tenku suruh patik beri pergi jadi kebajikan maka patik pun sangatlah kesukaan hendak mencahari jalan kebajikan maka dahulu masa hayat duli Pa[du]ka Marhum diambil patik buat pebela bagai anak serta Paduka Marhum serah pada patik Yang Dipertuan dengan Tenku Raja Muda disuruh pebela maka sekarang Yang Dipertuan hendak buang patik maka apa boleh patik hendak kata dengan kehendak Yang Dipertuan sendiri maka patik ini sekali2 tiada niat cita hendak buat kejahatan di atas Yang Dipertuan dua bersaudara maka duduk sehari2 ini segala bicara pulang kepada Komandor iaitu adik Jenderal boleh duli Tenku maklumkan ke bawah duli Yang Dipertuan yang Maha Mulia
No comments:
Post a Comment