Ya ‘Aziz
Hamba Dato’ Mek Bu maklumkan sembah ke bawah hadrat Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia hamba Dato’ maklumkan ahwal anak hamba Dato’ nama Bibi sakit purut pada sehari lima enam kali ke sungai budak perempuan sangatlah kesakitan duduk di dalam para itu inilah hamba Dato’ mari adu teriakkan ke bawah hadrat Dato’ hendak pohonkan anak itu kerana budak tengah sakit hamba Dato’lah mengaku ganti tubuh Bibi itu barang sabda hadrat Dato’ hamba Dato’ junjungkan hamba Dato’ pohonkan minta ampun cukur canang itu pada ke bawah hadrat Dato’ kerana anak perempuan lain daripada itu mana hukum hadrat Dato’ tiadalah boleh hamba Dato’ salahkan melainkan hamba Dato’ pinta ampun periksa biar dengan halus ahwal inilah hamba Dato’ mari adu teriakkan minta ampun pada hadrat Dato’ izzat sa’adat bertambah ‘ala dawam tamat
No comments:
Post a Comment