Qawluhu al-Haqq
Sanah 1201 tahun2 zai pada sebelas hari bulan Zilhijjah hari Isnin bahawa pada ketika itu ini pada menyatakan adalah Cina Pang menjual sahaya seorang perempuan jenis Batak bernama Sablu maka ditebus oleh Leftenan Gray dengan harga empat puluh rial
maka budak bernama Sablu ini sudah diserah Cina Pang diterima Leftenan Gray maka rial yang tersebut inipun sudah diserah Leftenan Gray diterima Cina Pang sudahlah selesai serah menyerah dan terima menerima seperti syarat akad jual beli maka inilah diperbuat surat putus beri taruh kepada Leftenan Gray supaya jangan jadi qalqil dakwa menda’i pada kemudian harinya maka tatkala membuat surat ini di hadapan Tuan Gurnador dan Kapitan Wilam Rafasin dan Nakhoda Kecik wa katibuhu wa syahiduhu Long wa kafa billah syahidan ‘aliman
No comments:
Post a Comment