Sunday, April 5, 2020

Surat Perjanjian Busu dan Dato Raja Lela Muda (MS 40320/8, folio 40) berkaitan pembayaran hutang (26 Syaaban 1200 Tahun Jim, Jumaat, 23 Jun 1786)

Sanah 120 tahun jim pada enam likur hari bulan Syaaban hari Jumaat 


bahawa pada ketika itu mari Busu laki isteri anak beranak berhutang kepada Dato’ Raja Lela Muda banyak rialnya empat puluh empat rial yang diambil Busu dan isterinya nama Kecan dan anaknya seorang nama Mek Long dan seorang nama Timah perjanjian Busu laki isteri anak beranak hendak berkerja Panjang Pandak kerja dalam makan dalam jika mati seorang lekat pada seorang demikianlah perjanjian Busu empat beranak pada Dato’ ibn tatkala diperbuat surat ini di hadapan saksi Dato’ Maharaja Setia dan tuan imam Malim Makota dan To’ Khatib Budin dan Tuan Haji Ja’far dan Khatib Raya wa katibuhu Lebai ‘Abdul Qadir tamat
Inilah bekas jari Busu tanda sah seperti tersebut dalam surat ini tamat
Inilah bekas jari isterinya nama Kecan tanda sah seperti tersebut dalam surat ini tamat
Inilah bekas jari anaknya nama Mek Long tanda sah seperti tersebut dalam surat ini tamat
Inilah bekas jari anaknya nama Timah tanda sah seperti tersebut dalam surat ini tamat
Akan utang Busu dua laki isteri anak beranak itu pada Raja Lela Muda empat puluh empat rial itu sudahlah dibayar Cik Kabir dengan Cik Lam Sah maka ada pula utangnya pada tempat yang lain enam rial itu pun sudah dibayar Cik Kabir dengan Cik Lam Sah itu dua fasal kedua fasal itu utangnya jadi utang Busu anak beranak lima puluh rial

No comments:

Post a Comment