Friday, April 3, 2020

Surat Seri Maharaja Dewa kepada Faqir Kandu (MS 40320/8, folio 36) berkaitan ambilan Tuan Sayid Muhammad Terengganu (Khamis, 9 Zulkaedah)

Alhamdulillah

Salam doa daripada kekanda Seri Maharaja Dewa kepada adinda Faqir Kandu yang dipelihara Allah Ta’ala amal imannya dunia akhirat amin 


kemudian dari itu barang mafhum adinda maka adalah fasal ambilan tuan Sayyid Muhammad Terengganu banyaknya seperti dalam daftar kekanda beri pergi itu maka janji tuan itu hendak bawa mari timah dan rotan wasilkan pada kekanda beri selesai maka ini khabarnya tuan itu ada di kota Pulau Pinang itu lama sudah tiada sampai pada kekanda maka pinta adinda maklumkan pada tuan Gurnador Pulau Pinang tolong keluarkan pada tuan Sayyid itu jadi wasil kekanda pada tuan Gurnador itu tentukan banyaknya beri mari pada kekanda dalam itu juga timah dan rotan itu sudah dibeli tuan Gurnador itu dipeganglah jadi wasil kekanda diterima daripada tuan Sayyid itu dan tuan Haji Abdullah Palembang itu pun banyak ambilannya pada kekanda seratus tiga belas rial sesuku seperti dalam daftar itu maka tuan Haji itu khabarnya sudah berjual beli di Pulau Pinang sudah pergi ke Perai jika tiada di Pulau Pinang itu adinda suruh ikut ke Perai boleh tuan Gurnador keluarkan beri selesai ambil jadi wasil kekanda juga pergi surat hari Khamis sembilan hari bulan Zulkaedah tamat

No comments:

Post a Comment