Qawluhu al-Haqq
Surat kasih beta pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang
beta nyatakan adalah beta jadikan Raja Lela Muda dan Maharaja Setia memerintahkan suruh buat tempat di Kuala Perai itu boleh tempat taruh rotan dan damar batu dan jerenang dan barang2 boleh ramai tempat itu maka rakyat mengerjakan itu rakyat Perai itulah inilah beta nyatakan tatkala Raja Lela Muda bekerja dikerah rakyat itu kalau lari pergi bersembunyi diri melepaskan daripada kerja itu di Pulau Pinang pinta sahabat beta ambil beri akan Raja Lela Muda boleh dikerjanya sudahkan segera demikian lagi barang yang kekurangan Raja Lela Muda itu atas kadarnya pinta sahabat beta tolong beri boleh beta ganti itulah beta nyatakan buat surat empat belas bulan Jamadil Awal tamat
No comments:
Post a Comment