Saturday, April 11, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/8, folio 44) berkaitan permintaan baru dari Jenderal Benggala (14 Jamadil Awal, 11 February 1789)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang beta sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


bahawa akan perintah Pulau Pinang itu sahabat beta nyatakan kata dengan kehendak Jenderal dari Benggala hendak buat tempat baiki kapal perang buat loji dan bubuh tinggal ikut adat kompeni maka Pulau Pinang itu jalan pintu perniagaan beta daripada sangat putih hati akan sahabat beta maka jadilah beta muafakat dinyatakan pada sahabat beta seperti kehendak beta jika Jenderal turut berikan maka beta kesukaanlah terima maka sahabat pinta bertangguh hendak nanti Jenderal nyatakan mari surat balas dari Belayit kerana sudah Jenderal nyatakan pergi dahulu dalam itu beberapa lama sudah maka sahabat beta pun tiada boleh mari pada beta maka beta suruh Laksamana pergi banyak kali sudah pinta kata2 sahabat beta yang putus dari kerana surat janji sahabat beta pun ada beri beta taruh maka ini sahabat beta nyatakan mari dua kehendak lain daripada kehendak beta nyatakan dari awal mulanya suka atau tiada suka beta sahabat beta pinta putuskan dinyata pergi maka perintah lain daripada kehendak beta dinyatakan dahulu itu keduanya itu tiadalah beta sukakan maka pada surat beta dahulu pun sudah beta nyatakan jika tiada kesukaan pada Jenderal seperti kehendak beta sudah beta pinta tabik tiadalah beta suka maka daripada sangat beta putih hati tulus akan sahabat beta dan akan Jenderal inilah beta nyatakan boleh sahabat beta muafakat dengan segala kepercayaan Jenderal di Pulau Pinang itu cahari pada jalan kebajikan yang betul benar seperti pinta beta itu ditentukan mari jika tiada sahabat beta khususkan pun seperti pinta beta dahulu itu boleh beta bicara turut seperti surat kompeni barang hal kekurangan disuruh beta nyatakan pergi maka itulah Laksamana beta beri pergi pinta sahabat beta nyatakan mari dengan segeranya dengan sebenar putih hati sahabat beta boleh beta ketahui buat surat empat belas haribulan Jamadil Awal tamat

No comments:

Post a Comment