Friday, April 10, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/8, folio 42) berkaitan pembelian ubat bedil 100 tong (18 Zulhijah, Isnin)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


maka adalah tersebut dalam surat sahabat beta beri mari dahulu itu kata ubat bedil dibawa orang kapal harganya pada suatu tong dulapan rial pada hal ubat bedil yang baik itu beta kehendakilah inilah beta minta sahabat betalah lihat ubat bedil itu jika sudah baik dengan harga serupa sedikit beta minta sahabat beta ambil ubat bedil itu barang seratus tong sahabat beta serah beri mari pada cucu beta itu Cik Long maka akan harganya itu kemudianlah beta kira selesaikan ahwal itulah beta nyatakan kepada sahabat beta perbuat surat pada dulapan belas haribulan Zulhijah hari Isnin tamat

No comments:

Post a Comment