Sunday, April 5, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/8, folio 38) berkaitan surat untuk dihantar kepada Gabenor Jeneral Benggala (18 Mei 1788)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan dan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana2 

kemudian dari itu maka adalah pesanan sahabat beta pada Laksamana pinta surat beta hendak beri pergi akan Jenderal Raja Benggala itu maka beta pun amat kesukaanlah kerana sahabat beta hendak tolong beta itu dari selama pun ada juga beta hendak menyuruh pergi pada Jenderal dengan sebab sudah berkasih kasihan maka tiada upaya mencari perahu dan orang yang biasa pergi jadilah tiada beta menyuruh maka sekarang ini beta pintalah sahabat beta buat rencana surat yang hendak diberi pergi itu bagaimana butinya yang baik beri mari boleh beta muafakat ditatap lihat barang yang baik itu disalin dibuat beri pergi segera pada sahabat beta serta dengan orang yang membawa surat itu maka masa ketika dan bulan hendak pergi itu pinta sahabat beta sebutkan beri mari juga boleh dibubuh dalam surat itu pada pendapat beta kerja sahabat beta mari dari awal duduk di Pulau Pinang itu pun dengan penyuruh Jenderal sahabat beta kata patut juga disebutkan dalam surat itu supaya selesailah segala bicara dan janji sahabat beta dahulu itu inilah beta nyatakan buat surat sebelas haribulan Syaaban hari Sabtu tamat bermula akan budak Patani sahabat beta beri mari pada Syahbandar Seri Lela Pahlawan seorang itu sudah beta terima tamat

No comments:

Post a Comment