Tuesday, November 26, 2019

Surat Yang Dipertuan Asahan kepada James Scott (MS40320/5, folio 11) berkaitan pembelian kuda dan rotan

Ya Mahabbat al-Qulub

Bahawa inilah tanda tulus dan serta suci putih hati serta kita minta tabik banyak2 iaitu daripada Yang Dipertuan yang mempunyai kerajaan dalam negeri Asahan 2 barang diwasilkan Tuhan ilayh al-‘alamin jua kiranya kepada sahabat kita Kapitan Uskut yang ada duduk dalam Pulau Pinang barang bertambah2 jua kiranya sihat dan dan afiat mandal al-dunia amin thumma amin wa ba’d 


kemudian daripada itu ada sahabat kita dengar kepada kanghui mengatakan hendak singgah ke Asahan ketika itu kita di ulu jikalau sahabat kita hendak kuda ada seekor menyuruhlah sahabat kita ke Asahan rotan suga pun ada jua dua tiga ribu tahulah sahabat kita kerana kita baharu alah dalam itu suatu pun tiada tanda hayat daripada kita hanyalah tikar bidai dua gulung tamat al-kalam bi al-khair wa al-salam

No comments:

Post a Comment