Monday, November 25, 2019

Surat Raja Bayang kepada James Scott (MS 40320/5, folio 8) berkaitan penghantaran timah 6 bahara

Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta dengan suci hati putih lagi jernih amat hening iaitu daripada kita Raja Bayang ada terhatar al-khairi di dalam negeri Perak Darul Duan barang disampaikan Allah Tuhan seri sekalian alam apalah kiranya kepada sahabat kita Senyur Kapitan Uskut yang duduk di bawah bandar kompeni yang dalam negeri Pulau Pinang maqam al-darajat yang beroleh kelebihannya serta nama ihsan kemurahan yang amat masyhur kepada segala buldan yang dipuji oleh segala dagang dekat dan jauh pada memerintahkan segala handai taulannya dan sahabat dan kasihnya akan segala lagi memengebirakan alam yang makmur atas segala dagang yang teraniaya serta anak piatu dan yatim dan faqir miskin yang tiada berkesudahan 


kemudian daripada itu maka adalah ayam kita suruhkan kepada sahabat kita mengatar timah ada enam bahara akan menjadi wasil kepada utang kita itu pun tiada dengan sepertinya tanda harab dan putih hati kepada sahabat kita2 hendak berjumpa kerana kita dipanggil duli Yang Dipertuan hendak berkerja lepas itulah kita berjumpa dengan sahabat kita ke Pulau Pinang menyelesaikan utang kita itu kemudian daripada itu suatupun tiada tanda putih hati ialah timah suatu keping tamat al-kalam bi al-khair wa salam

No comments:

Post a Comment