Wednesday, November 27, 2019

Surat Raja Cenak kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 12) berkaitan hubungan dagangan Pulau Pinang dengan Cenak (Jumaat, 1 Safar, 1206 Tahun Alif / 30 September 1791)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta Raja Cenak di negeri Kedah sampai kepada sahabat beta Dato’ Gurnador yang mempunyai perintah di dalam bandar Pulau Pinang serta dengan arif bijaksana serta yang amat mengasihani segala hamba Allah dan segala dagang yang teraniaya maka dengan adil sahabat beta itu jadi ramai serta makmurlah di dalam bandar Pulau Pinang itu 


maka akan beta dengan sahabat beta itu jika selagi ada cakerawala mengedarkan dunia menerangkan alam tiadalah hendak berputusan kasih dengan sahabat beta hendak beri pulang sediakala seperti selama2nya maka akan sahabat beta pun tiada pernah suruh menyuruh mari pada beta akan beta pun demikian juga maka sekarang ini jika barang sesuatu bicara dan kehendak sahabat beta di dalam negeri Kedah ini boleh sahabat beta nyatakan mari pada beta jika selagi ada beta di dalam dunia ini sebolehnya2 beta bicarakan atas kadar beta orang tuha janganlah sahabat beta syak sangka lagi seperti kata beta ini maka suatu tiada tanda hidup daripada beta hanyalah ada mawa[s] seekor boleh jadi permainan tanda berkasih kasihan jangan berputusan antara beta dengan sahabat demikianlah adanya pada hati beta dan lagi jika sampai penyuruh beta ke bandar Pulau Pinang sangatlah harab beta akan penolong sahabat pada genap perkaranya lepaskan daripada teraniaya itulah beta nyatakan perbuat surat pada hari Jumaat sehari timbul bulan Safar pada sanah 126 tahun alif tamat

No comments:

Post a Comment