Sunday, November 24, 2019

Surat Seri Maharaja Dewa Kedah kepada Francis Light (MS 40320/5, folio 5) berkaitan pembelian meriam tembaga 28 Safar 1200 (31 Disember 1785)

Al-Mustahaqqah

Kasih sayang serta ikhlas yang tiada berkeputusan selagi ada cahaya matahari dan bulan daripada adinda Seri Maharaja Dewa yang terwaqaf dalam negeri Kedah Darul Aman barang diwasilkan Tuhan sarwa alam pada hadrat kekanda Kapitan Lat Dewa Raja yang istirahat al-khair di negeri Benggala yang menyukakan hati segala handai dan taulannya di lagi amat mengasihani segala qarib dan ba’id amma ba’d 

dari itu barang maklum kiranya hadrat kekanda adalah adinda pinta tolong hadrat kekanda bicarakan cahari beli meriam tembaga panjang dulapan hasta berat dulapan bahara atau sembilan bahara dan panjang sembilan hasta beratnya pada sepucuk sembilan sepuluh bahara pada sepucuk hadrat kekanda bicaralan [bicarakan] barang sepasang pelurunya besar limau manis jika tiada ada meriam perjualan pinta hadrat kekanda suruh tuang pada tukang meriam jadikan berbuluh meriam itu demikian lagi hadrat kekanda suruh tuang rentaka seperti acuan diberi Tenku Raja Awiya itu akan adinda dua ratus pucuk beratnya dua sepikul dan lela dua pasang seperti rawan rentaka itu panjang enam hasta pelurunya besar limau nipis pinta hadrat kekanda cahari kumkuma barang lima kati dan kasturi yang baik barang sekati dan jun barang empat puluh rafia adinda hendak perguna jadikan ubat setelah haraplah adinda akan hadrat kekanda bicarakan beri boleh segala yang tersebut dalam surat adinda ini hadrat kekanda bawa mari barang mana harganya tiada adinda salahkan tamat al-kalam ma’a al-du’a ‘ala al-dawam perbuat surat sanah 120 tahun dulapan lukur bulan Safar tamat

No comments:

Post a Comment