Saturday, March 7, 2015

Laksamana Perak kepada Francis Light (MS40320/1 folio 49) Mac 1791 tentang maklumat Si Dolah lari ke Pulau Pinang bersama-sama lanun

Wa al-Shams wa al-Qamar 



Bahawa maka inilah surat tulus dan ikhlas, serta suci putih hati yang tiada berkeputusan, selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan, iaitu daripada Laksamana Ma<h>kota Raja negeri Perak. Barang disampaikan Tuhan seru alam sekalian apalah kiranya pada Tuan Gurnador Yang Maha Mulia, [me]merintah negeri bandar Pulau Pinang. 



Ahwal maka adalah saya menyuruhkan Nakhoda Abbas ke hadrat Tuan Gurnador membawa buah kayu. Ada sedikit akan tanda putih hati. Adapun dahulu saya beli sudah buah kayu, banyak sedikit habis busuk kerana menanti kiriman nakhoda kapal itu. 

Kemudian daripada itu, ada saya mendengar khabar daripada Raja Lela Sultan, ada orang Perak bernama si Dolah, ada dia di Pulau Pinang khabarnya. Adapun si Dolah itu lari daripada Perak, pergi bersama-sama dengan lanun. Jangan Tuan Gurnador percaya amat kepada orang Perak kerana orang Perak yang jahat banyak dia pergi sama-sama dengan lanun itu. Saya maklumkan kepada Tuan Gurnador tanda putih hati. Jangan kemudian hari jadi buruk nama orang Perak. Itulah saya maklumkan kepada Tuan Gurnador. 

Tamat. Pergi surat pada hari Selasa, waktu duha, tarikh 1205. Bi al-khayr wa al-salam.

[Di belakang surat]

Laxamana Perak

March 91

No comments:

Post a Comment