Penggawa Tuah, Penggawa Pematang dan Panglima Perang Letanga memberi khabar kepada Tuan Raja dalam Melaka.
Ahwal empat orang Nasrani dan seorang Keling yang dapat di laut Gabang dekat Jugra dengan sebuah sampan kecil serta ringgit sembilan ratus dan periuk tembaga dua dan senapang patah sepucuk dan tali (dal-ya-lam-nun-dal/dilanda?) kecil seutas. Tatkala mendapat mereka itu mengatakan rosak perahu laut tetapi perkataan mereka itu tiada tetap, berubah-ubah. Tambahan jikalau benar mereka itu rosak dekatlah negeri Perak dan Selangor, bolehlah mereka itu masuk, mengapa mereka itu ke sini, tempat orang yang jahat-jahat.
Maka itulah kita sekalian mengambil dia serta membahagikan ringgitnya itu kepada sekalian kawan-kawan yang datang bersama-sama kerana mereka itu sekalian tiada hendak diam jikalau tiada dibahagikan seperti adat kita selama-lamanya pendapat yang serupa itu, tamat.
Syahdan orang nasrani yang keempat orang itu tatkala kita sekalian singgah di sungai baru berhenti malam, maka ia pun larilah, tinggallah seorang Keling bersama-sama kita ke Melaka. Sampai Melaka kita pun berkhabar kepada Tuan Raja, ganti tuan kita yang di Selangor. Maka Tuan Raja pun pinta orang Keling itu, lalu kita pun serahkanlah sekarang. Maka baharulah ia kisahkan Nasrani-nasrani itu membunuh kapitannya di laut.
Tamat.
Inilah tapak tangan Penggawa Tuah
Inilah tapak tangan Penggawa Pematang
Inilah tapak tangan Panglima Letanga
No comments:
Post a Comment