Friday, March 20, 2015

Surat Ambumta Prom Salang kepada Kapten Scott (MS40320/1 folio 22) laporan tentang masalah Kapten Jelusin

Qawluhu al-Haq 


Surat kasih sayang serta takzim merendah daripada perhamba Ambumta Prom, Tanjung Jambu, Negeri Salang, mari sampai kepada Tuan Kapitan Scott yang beroleh senang (sin-nun-ya-alif/senia?) kepada bandar Pulau Pinang. 

Maka adalah Kapitan Jelusin membawa anak Midun dan anak Kasturi dan lagi sorang budak. Jadi tiga orang budak-budak itu dimuat ke sulab. Maka pada masa itu pula Si Chau Piya Salang pun lari pula tiga orang. Maka khabar kata orang lari sebelah laut kepada hari Kapitan Jelusin hendak berlayar itu. Maka itulah jadi Chau Piya Salang menaruh s[h]ak hati kepada Kapitan Jelusin kalau membawa lari. 

Maka ialah Chau Piya mari duduk di Tanjung Jambu, suruh orang pergi panggil Kapitan Jelusin ke sulab. Maka tiada ma[h]u mari mengadap Chau Piya Salang. Maka kata Chau Piya, jika tiada ma[h]u mari Kapitan Jelusin, lihat pula si tiga orang itu serta budak-budak anak orang yang dibawa itu pun ambil mari bersama-sama, jangan diberi bawa, jadi salah hamba kepada Raja Maha Besar kerana kalung dari benua Siam ada di dalam negeri Salang, jadi fitnah orang, hamba boleh salah. 

Maka tiba-tiba kapitan Jelusin tiada beri orang masuk dekat sulab serta hendak dibedil segala orang pergi itu. Maka perhamba sendiri dengan hakim bawa naik ke sulab beri nasihat berbagai-bagai, Kapitan Jelusin tiada ma[h]u dengar, lalu bongkar (sauah?/sauh) berlayar pulang ke Pulau Pinang, jadi binasa nama Tuan Kapitan, kata orang lari. Maka Chau Piya Sanglang pun tiadalah percaya, katanya Kapitan Jelusin buat salah kepadanya. 

Maka hendak dipegangnya timah di perahu Tenu tiga ratus (ba-ta-alif/bata?) itu, lalu perhamba dengan hakim bawa berdatang sembah maklumkan Chau Piya Sanglang, timah itu bukan [h]arta Jelusin, timah kompeni Jenderal Gurnador Pulau Pinang empunya [h]arta lalu dilepaskan sebab [h]arta Gurnador. Demikianlah halnya. 

Bermula fasal timah sembilan keping enam paha, hutang perhamba itu sudah diserah kepada Kapitan Jelusin dua keping sepaha, maka tinggal lagi baki tujuh keping lima paha. Maka hendak serah kepada perahu orang Tenu ini, tiadalah berani lagi kalau tiada berketahuan, jadi perhamba kena rugi melainkan pada hari kehadapanlah perhamba wasilkan yang baki lagi itu. Maka perahu Tenu itu suatu jarum pun tiada hilang diberi berlayar pergi. Ahwal inilah perhamba nyatakan. 

Perbuat surat tiga belas hari bulan Safar, hari Sabtu. Tamat. 

No comments:

Post a Comment