Tuesday, March 24, 2015

Surat Tengku Keraeng Langat kepada Francis Light (MS40320/1 folio 42) tentang perancangan untuk bertemu

Ya Nur al-Shams wa al-Qamar 

Waraqah al-mawjud dan hadiyyah al-mamdud yang disertakan dalamnya tulus dan ikhlas serta kasih berkasihan muafaqat yang tiada berintahi bijami’ al-lail wa al-ayyam, iaitu daripada Tengku Keraeng yang ada di dalam negeri Langat, barang disampaikan Tuhan seru alam sekalian kepada sahabat kita Gurnador yang ada memerintahkan di kota bandar Pulau Pinang yang ada masyhur aqil bijaksana pada perintah bersahabat, wa ba’dah. 


Kemudian daripada itu, kita melayangkan warqah al-ikhlas kepada sahabat kita supaya sahabat kita tahu melainkan jikalau dimuda[h]-mudahan A[l]lah kepada kita, melainkan pada bulan Safar kita berjalan. Maka adalah (fa-ra-wau-ha/perahu) kita dua buah, kita suruh baiki dahulu. Maka adalah orangnya tiga pul[uh?], maka dua (fa-ra-wau-hamzah-ha/perahu), maka senjata besar enam belas, senjata kecil empat pul[uh?] lima. Inilah kita maklumkan, ‘izzah saadah istirehat bertambah-tambah. 

Perbuat surat pada dua haribulan Zulhijj[ah]. Tamat. 

No comments:

Post a Comment