Qawluhu al-Haqq
ini surat tanda tulus dan ikhlas serta suci hati yang putih iaitu daripada isteri Tenku Raja Muda wakil Sultan Ibrahim Shah yang memerintahkan bandar negeri Selangor barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Taala apalah kiranya datang pada sahabat kita Dato` Gurnador Pulau Pinang
adalah kita menyatakan hal pada sahabat kita kerana kita menyuruhkan Lebai Abdul Khatib dahulu pada sahabat kita ada timah sedikit penigalan Lebai Abdul Khatib beralayar tiga hari datang kapal dari Pulau Pinang kita serah beri sudah sembilan bahara akan hal harganya sudah kita terima syahadan kemudian daripada itu akan hal beras dengan kain dua fasal itu yang dibawa’ Lebai Abdul Khatib sudah sampaikan pada kita jumlahnya dua fasal itu dua ratus delapan puluh ringgit akan hal harganya timah itu belum berakampung lagi melainkan Dato` Gurnador nanti sedikit hari lagi ahwal ini kita ma’lumkan ‘izzah bertambah2 sihat berbuat surat ini pada delapan likur hari bulan Safar pada hari Jumaat waktu duha dawasanya tamat al-kalam ini tapa’ tangan Lebai Abdul Khatib menyuruhnya surat ini
No comments:
Post a Comment