Nur Shams wa al-Qamar
Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta dengan suci hati yang putih lagi jernih yang amat hening daripada Encik Kamis yang ada terwakaf dalam bandar negeri Johor, barang disampaikan Tuhan seru sekalian alam apalah kiranya kepada wajah Senyur Gubernador yang di atas takhta kerajaan negeri kota Pulau Pinang, makam al-darajat yang beroleh pangkat serta nama, ihsan kemurahannya telah mashurlah syafa(q?)at insaf lagi (sin-qaf-alif-mim/siqam?) yang kepujian segala buldan, disebutkan lisan segala dagang qarib wa al-ba’id, serta mendirikan panji-panji adilnya yang meneguhi tali mahabbah, sentiasa hari masa dan ketika bergantungan dan berkeluasan di bawahnya, wa ba’du.
Kemudian daripada, maka adalah sahaya layangkan kertas secarik dari hal sahaya punya janji pada tuan Gubernador itu, belumlah lagi akan dapat sahaya pi[n]dahkan kerana (keras?/keris?) (tahun?/tahan?) yang Di Pertuan Besar yang (dilingkala?/ditinggal?) itu. Dan lagi ada sedikit sahaya hendak lepaskan, jikalau ada Allah tuhan beri kemudianlah kerana kasih tuan mahu tolong melainkan Allah Tuhan akan membalasnya.
Sebagai lagi ada suruhan Raja Terengganu pada Di Pertuan Besar mengatakan Siam sudah keluar hendak ke Terengganu, sudah sampai Tanjung Patani, khabarnya perahunya sudah sampai tiga ratus buah hendak mencari Sayid Ali itu. Dan Sayid Ali itu sudah menyeberang ke Mempawah, hendak mela[ng]gar Sambas. Bersama-sama Mempawah itu orang lanun pun serta sama-sama ia pergi itu perahu Palembang, didapatnya dua puluh tiga perahu dengan orangan sekalian.
Tersurat dua haribulan Zul[ka]edah pada hari S[en]in.
[Di belakang surat]
Ini surat encik Kamis
Gubernador
[Di belakang surat]
Ini surat encik Kamis
Gubernador
No comments:
Post a Comment