Sunday, March 22, 2015

Surat Chit Saudagar Nasruddin Terengganu kepada Francis Light (MS40320/1 folio 30 & 31) tentang harga kici dan senapang

Ini surat chit daripada hamba Dato` Saudagar Nasruddin datang kepada hadrat Dato` Gurnador. 


Maka akan ahwal hamba Dato` maklumkan ke hadrat Dato` daripada pekerjaan Kapitan Kallas dengan hamba Dato` itu, pintalah Dato` perbuat surat akan hamba Dato` beri mari, menghendaki harta Kapitan Kallas yang dibawa ke Palembang tengah tiga laksa dan yang ditinggal [h]utang selaksa. Maka perjanjian pada sebulan dua riyal pada seratus. Demikianlah yang tersebut di dalam daftar Kapitan Kallas yang kepada Mister Kallas. 

Maka hendaklah Saudagar Nasruddin mari ke Pulau Pinang dan lagi kici Kapitan (ba-ya-kaf/Bek?) itupun tersebut dalam surat Kapitan Kallas, sebahagi ia masuk dalam harga kici tengah empat ribu rial dan senapang Kapitan Kallas membeli di Terengganu bersama-sama Saudagar Nasruddin seribu senapang, maka harganya tiga ribu riyal itu pun kepada saudagar juga, inilah beta nyatakan kepada saudagar. 

Maka hendaklah saudagar mari berselesai serta bawa mari surat Kapitan Kallas yang ada pada saudagar, jangan berlamaan kerana harta itu berbunga segenap bulan, akhirnya jadi keberatan saudagar dan Yang Dipertuan Terengganu dan lagi saudagar suruh beta [h]antarkan kici itu ke Terengganu serta Yang Dipertuan pun suruh [h]antarkan juga kici itu kepada beta, maka betapa perinya hamba meng[h]antarkan kici itu juga belum selesai perkiraan Kapitan Kallas itu. Maka sebab itulah beta pinta mari saudagar dengan segeranya supaya boleh selesai. Maka boleh kita perbuat lain pula. Ahwal inilah beta nyatakan. 

Maka demikianlah Dato` perbuat surat daripada Dato`, beri mari kepada Yang Dipertuan sepucuk dan kepada hamba Dato` sepucuk. Maka dalam itu pun, mana yang baik kepada Dato` itu juga kurang, Dato` tambah lagi. Maka maksud hamba Dato` pun Dato` ketahui juga dan pekerjaan ini tiada boleh dinyatakan pada Yang Dipertuan kerana Dato` pun tahu akan hal hamba Dato`, jika Dato` beri surat zahir dan satu batin, bagaimana Dato` beri surat kepada Kapitan Hamatan itu, demikianlah Dato` beri mari. Dan lagi hendaklah Dato` khabarkan perkataan [h]utang serta dengan segala perkiraan dengan Kapitan Kallas pada hal kici dan lainnya dihadap[an] suruhan Yang Dipertuan itu, Wan Muhammad, supaya boleh tahu akan hamba dan ber[h]utang. 

Dan demikian lagi pinta tolong Dato` baiki kici itu, berikan kepada saudara hamba Dato` itu Saudagar Mirangkandu, supaya boleh ia suruh berlayar ke negeri Keling. Dan seperti rial enam ribu rial itu pun pinta Dato` ambil kepada Jan Kallas, berikan Saudagar Mirangkandu supaya boleh ia buat modal kici. Jikalau tiada cukup modal, pinta Dato` tambah barang empat ribu lima ribu rial jadi [h]utang hamba Dato`. Maka janganlah kici itu duduk sahaja, jadi banyaklah kerugian hamba Dato`. Dan lagi seperti harta hamba Dato` yang di Benggala itu dengan penolong Dato` juga pada barang sesuatu pekerjaannya atau menerimanya, maka Dato` tolong terima ambil taruh kepada Dato` harta itu. 

Ahwal itulah hamba Dato` nyatakan. 

No comments:

Post a Comment