Ya Aziz
Ampun, hamba Dato` Merikan Kandu Saki, hamba yang teramat hina maklumkan sembah pada ke bawah kadam Dato` Gurnador yang teramat mulia.
Hamba Dato` maklumkan, ahwal hal diri hamba Dato` duduk selama makan pakai sekalian anak beranak hamba Dato` pun dengan (‘ain-alif-sad-ra/asir?) rahim kadam Dato`. Di dalam antara itu, datang Faqir Sab dari negeri Keling tanya pada hamba Dato`, [h]endak duduk dengan hamba Dato`. Maka modalnya pun tiada. Kemudian hamba Dato` kasihan sebab dia orang tiada modal. Hamba Dato` ajak (ta-ya-alif-ra-ha / tiarah?) di dalam kedai, sekalian sambut menyambut pada orang kapal atau kepada orang di negeri pun hamba Dato` seorang.
Maka Faqir Sab itu duduk di kedai sahaja. Kemudian ia [h]antar pergi ke Pedir dua ratus rial punya dagangan kain-kain di kedai. Itu pun tiada ia beri tahu kepada hamba Dato`. Orang datang kata kepada hamba Dato`. Kemudian hamba Dato` tahu dan lagi beberapa pula ia [h]antar pergi ke negeri Keling. Itupun tia[da] hamba Dato` tahu. Kemudian hamba Dato` tahu budi perangai Faqir Sab, hamba Dato` ajak selesaikan daftar berhadapan Saudagar Bata Sab dan berhadapan Mira Labay. Selesai sekalian daftar, tinggal lagi baki atas Faqir Sab dua ratus sepuluh rial.
Maka sekarang ini pula tengah duduk kira-kira daftar banyak sangat (fa-wau-lam-sin-nya/fulusnya?), sebab pun hamba Dato` teriak kepada kadam Dato` suruh selesaikan berhadapan nakhoda kapal Keling. Itupun (ta-kaf-dal-wau-ra/takdur?) Husin pun ma[h]u panggil sekalian nakhoda-nakhoda itu, sebab pun hamba Dato` datang mari teriak pada ke bawah kadam Dato`.
Jika dengan benar kadam Dato`, pinta kadam Dato` suruh pada Nakhoda kapal Keling selesaikan daftar ini. Kemudian boleh kadam Dato` tahu atas kepada salah benar hamba Dato`. Ada pun duduk hamba Dato` anak-beranak melainkan harap kepada kadam Dato`. Ahwal inilah hamba Dato` maklumkan pada ke bawah kadam Dato`.
Tamat.
[Di belakang surat]
Ini surat sembah Saudagar Merikandu.
Surat sembah orang banyak dakwa.
[Di belakang surat]
Ini surat sembah Saudagar Merikandu.
Surat sembah orang banyak dakwa.
No comments:
Post a Comment