Sunday, March 22, 2015

Surat Francis Light kepada Tunku Raja Pedir (MS40320/1 folio 36) 29 Mac 1789 Tahun-tahun Ba tentang hutang Kapten Belanda dan pemergian Kapten Scott ke Pedir

Wa al-Qamar wa al-Shams 


Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada cakerawala matahari dan bulan, daripada beta Gurnador yang memerintahkan di kota bandar Pulau Pinang, barang disampaikan Tuhan seru alam apalah kiranya kepada pihak sahabat beta Tunku Raja Pedir yang aqil bijaksana, telah masyhur gah kepujian sampai ke mana-mana, wa ba’du. 

Dari itu, ahwal akan surat sahabat beta dibawa kerani itu sampailah kepada beta dengan sempurnanya. Maka akan perintah piutang kapitan Belanda pada sahabat beta itu, maka sudah beta periksa, diakunya tiga ratus enam puluh dulapan rial sahaja. Maka kata kapitan Belanda itu hendak pergi bayar sendiri rial itu kepada sahabat beta serta dengan surat beta pun dibawanya sama pergi. 

Maka ini khabarnya ia sudah pergi ke Benggala. Maka fasal rial tiga ratus enam puluh dulapan rial seperti akuan kapitan Belanda itu betalah ganti bayar. Apabila ia datang dari Benggala, boleh beta kerasi ambil rial itu kerana ditipunya beta hendak pergi bayar pada sahabat beta. 

Sebermula kapitan Scott pun beta suruh pergi ke Pedir, itu pun minta sahabat beta tolong barang sesuatu hal ahwal mereka itu boleh balik dengan segeranya. Ahwal inilah beta takrifkan, izzah sahabat bertambah-tambah ala al-dawa(la?)m, amin. 

Perbuat surat pada dua hari timbul bulan Rejab, hari Ahad, sanah 1203 tahun-tahun ba. Tamat. 

No comments:

Post a Comment